~R~ E~ N~ U~ N~G~A~ N~

1. Jalan Mendekati Allah:

a). Takwa kepada Allah Zahir dan Batin.
b). Mengikut Sunah Nabi Muhammad S.A.W.
c). Kamu lupakan makhluk ketika mengadap Allah (beribadat), dan tidak  melupakan Allah ketika mengadapi makhluk.
d). Redha dengan pengurniaan Allah sedikit atau banyak.
e). Kembali kepada Allah pada masa suka dan duka.

2. Allah Kasih Kepada:

a). Orang yang selalu (banyak) beristighfar.
b). Orang yang selalu (banyak) berzikir kepada Allah.

3. Siapa Yang Selamat Masuk Ke Syurga:

a). Orang yang selalu suka menyibar (memberi) salam.
b). Orang yang selalu suka menjamu (memberi) makan kepada orang.
c). Orang yang suka berhubung silatulrahim.
d). Orang yang selalu sembahyang sunat tahajjud di tengah malam.

4. Syurga Rindu Kepada Empat Orang Mukmin:
a). Orang yang berpuasa bulan Ramadhan dengan baik.
b). Orang yang selalu membaca Al-Quran.
c). Orang yang selalu memberi makan (menjamu makan) kepada orang.
d). Orang yang sentiasa dalam zikir Allah.

UNTUK PEDOMANBERSAMABERINGATLAH:-

Tiga amalan manusia yang menunjukan ia saorang munafik:
a). Jika berkata, ia berdusta.
b). Jika berjanji, ia ingkar
c). Jika dinasihati, ia menghindarinya.

Tiga amalan manusia yang Allah tidak akan menolaknya:
a). Berpuasa sehingga ia berbuka.
b). Pemerentah yang adil.
c). Doa orang yang teranaya

A L L AH B ERF IR M A N:

* Sesungguhnya Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan melalaikan kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka mahukah kamu berhenti. ( Berhenti daripada mengerjakan perkerjaan -perkerjaan yang tidak diredha oleh Allah)
(Al-Maaidah A.91)
* Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara (sentiasa), diwaktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai
     (Al-A'raafA.205)
* Wahai anak Adam, habiskanlah masamu beribadat kepadaKu, maka Daku akan lapangkan kamu daripada kehendak-kehendak, Daku akan hapuskan kemiskinanmu. Jika tidak akan Ku bebani kamu dengan urusan-urusan dan tugas-tugas yang sibuk, sedangkan berkurangan (amalan).
* Serta kerjakanlah amal-amalan kebajikan supaya kamu berjaya didunia dan di akhirat. (Surah Al-Hajj A.44)

U N T U K  P E D O M A N  B E R I N G A T L A H :-

* Perbanyakkanlah ikrar dan pengakuan terhadap LAA ILAHA ILLALLAH sebelum tiba suatu masa di mana kamu tidak dapat lagi mengucapkannya.

*Dengan berzikir semua keberatan akan berubah menjadi senang, setiap bebanan menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap

* Jika suka memberi pendapat, maka sanggup juga menerima pendapat dari orang lain.

* Jika suka memberi nasihat, maka sanggup juga menerima nasihat dan jika hendak menilai diri sendiri, pandanglah apa yang ada dibawah jangan sekali membandingkan apa yang ada di atas.

* Hendaklah kita mengingatkan Allah, walaupun di mana kita berada dan apa jua keadaan.

BERINGATLAH  APA  YANG  DINYATAKAN  DIBAWAH  INI:

* Beringatlah semasa kita senang, sebelum kita susah.
* Beringatlah semasa kita sihat, sebelum kita sakit.
* Beringatlah semasa kita muda, sebelum kita tua.
* Beringatlah semasa kita tua, sebelum kita mati.

BERINGATLAH  APAYANG  ADA DI BAWAH  & DI ATAS  KAMU:

* Jika kamu miskin, masih ada yang lebih miskin daripada kamu.
* Jika kamu sakit, masih ada orang yang sakit teruk daripada kamu.
* Jika kamu bodoh, masih ada orang yang lebih bodoh daripada kamu.
* Jika kamu buruk, masih ada orang yang lebih buruk daripada kamu.
* Jika kamu hodoh, masih ada orang yang lebih hodoh daripada kamu.
* Jika kamu kaya, masih ada orang yang lebih kaya daripada kamu.
* Jika kamu kuat, masih ada orang yang lebih kuat daripada kamu.
* Jika kamu pandai, masih ada orang yg lebih pandai daripada kamu.
* Jika kamu cantik, masih ada orang yg lebih cantik daripada kamu.

Dari itu hendaklah kita bershukur, dari apa yg Allah berikan kepada kita selama ini. Semuga Allah akan jadikan kita umat yg sentiasa bershukur diatas apa jua pemberian yang Allah berikan kepada kita.

P E R H AT I A N

* Awas, singkirlah jauh-jauh perasaan `riak, takbur, hasad dengki, perkelahian - itulah racun dalam amalanmu kerananya.
* Bawalah dan teruskanlah amalan ini sehingga menjadi amalanmu se harian dan sepanjang hidupmu.
* Hari demi hari umur kita kian menghujung, demi untuk mencapai ke redhaan Allah semata- mata beringatlah.
* Insya Allah - akan tergolong kita ke dalam golongan hamba-hamba Allah yang solihin!!!

HAFIZ IBNURAH.A. MENULIS DI DALAM KITABNYA AL-MUNABBIHAT BAHAWA :

* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi ia masih berketawa.

* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala- galanya berlaku mengikut takdirNya tetapi ia masih mencintainya.

* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala- galanya berlaku mengikut takdirNya tetapi ia masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.

* Aku hairan terhadap sikap orang yg mengetahui adanya perhitungan terhadap dirinya tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaan.

* Aku hairan terhadap sikap orang yg mengetahui bahawa adanya api neraka jahanam tetapi ia masih berani melakukan maksiat.

* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengenal zat Allah s.w.t. tetapi ia masih mengingat akan sesuatu yang lain daripadaNya.

* Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi ia masih mencari kemewahan hidup di dunia ini.

* Aku hairan terhadap sikap orang menganggapkan syaitan itu sebagai musuh tetapi ia masih mentaatinya.