Make your own free website on Tripod.com

                                             Sebagai Renungan Bersama.

PETIKAN UNGKAPAN BERHIKMAH

UNGKAPAN BERHIKMAH DARI NABI ISA A.S

Bermula hayat kita di dunia ini hanya buat 3 hari sahaja iaitu:
1. Hari yang telah berlalu (semalam) maka tidak ada lagi kesempatan bagimu untuk mendapatkannya semula.
2. Pada esok harinya pula kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menikmatinya atau tidak.
3. Oleh itu hari yang mana kamu berada di dalamnya maka manafaatkan ia dengan sebaik mungkin.

Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 saat iaitu:
1. Saat yang telah pun berlalu (semalam).
2. Saat yang kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menemuinya lagi atau tidak.
3. Oleh kerana itu saat yang mana kamu berada di dalamnya maka hendaklah kamu pergunakan dengan sebaik mungkin kerana kamu tidak memiliki masa kecuali satu saat sahaja, sedangkan kematian pula dari saat ke saat semakin menghampiri diri kita.

Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 nafas iaitu:
1. Nafas yang telah pun berlalu dimana kamu berpeluang menyedut udara anugerah Allah.
2. Nafas untuk esok hari yang kamu masih tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menyedutnya lagi atau tidak.
3. Nafas yang mana kamu sedang berada di dalamnya dan kamu tidak memiliki kecuali satu nafas itu sahaja, serta tidak ada satu hari atau satu saat pun. Oleh kerana itu kamu mestilah segera menafaatkan nafas yang satu ini sebelum ianya hilang. Bertaubatlah pada kesempatanan yang kamu ada ini sebelum ajal datang menjemputmu. Amalan yang paling baik dengan menjaga semua waktu, sedangkan kita masih lagi bernafas dan sesungguhnya mereka- mereka yang mensia-siakan waktu sebenarnya telah merugikan umur mereka sendiri.
 

UNGKAPAN BERHIKMAH DARI SAIDINA ABU BAKAR R.A

Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu, jiwa berada di sebelah kanan mu, nafsu di sebelah kirimu, dunia berada di belakang mu, semua anggota tubuh berada di sekitar diri mu, sedangkan Allah 'Azzawajalla berada diatas mu. Maka menghasutlah iblis laknatullah kepada mu agar meninggalkan agama mu..jiwa mendorong mu ke arah maksiat, nafsu mendorong mu agar memenuhi tuntutan syahwat, sedang dunia mengajak mu agar memilihnya dari akhirat anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu supaya memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya.
Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya. Sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang megikuti tuntutan nasfunya maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya. Sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya tetapi sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta ia akan memperolehi segala kebaikan.

KATA-KATA ULAMA

Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agama mu, maka orang itupun menafaatkan ilmunya kepada mu. Kedua ialah orang yang engkau sendiri menafaatkan ilmu agama mu kepadanya, lalu ilmu itu di-terima daripada mu dan diamalkannya. Ketiga orang yang engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan padanya, maka yang lebih eloknya larilah kamu daripadanya.